Sabtu, 28 Mac 2009

ApabiLa MeninGGal

Apabila Kita meninggal

Yang akan ikut mayat adalah tiga:keluarga, hartanya, dan amalnya. Ada dua yang kembali daN satu tinggal bersamanya; keluarga dan hartanya akan kembali sementara amalnya akan tinggal bersamanya. Ketika roh meninggalkan jasad... Terdengar suara dari langit memekik,"Wahai Polan anak si Polan apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yng meninggalkanmu apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan atau kekayaan yang telah menumpukmu apakah kau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telahmenguburmu."
Ketika mayat tergeletak akan dimandikan.... Terdengar dari langit suara memekik, "Wahai Polan anak si Polan mana badanmu yang dahulunya kuat mengapa kini terkulai lemah mana lisanmu yang dahulunya fasih mengapa kini bungkam tak bersuara mana telingamuyang dahulunya mendengar mengapa kini tuli dari seribu bahasa mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia mengapa kini raib tak bersuaraKetika mayat siap dikafan... suara dari langit terdengar memekik,"Wahai Polan anak si Polan berbahagialah apabila kau bersahabat dengan ridha Allah Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah Wahai Polan anak si Polan ini kau tenga berada dalamsebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."Ketika mayat diusung....terdengar dari langit suara memekik "Wahai Polan anak si Polanberbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan berbahagialah apabila matimu diawali tobatberbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."Ketika mayat siap dishalatkan.... terdengar dari langit suara memekik "Wahai Polan anak si Polan Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat apabilabaik maka kau akan melihatnya baik apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."Ketika mayat dibaringkan di liang lahat.... terdengar suara memekik dari langit, "Wahai Polan anak si Polan apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita di sini wahai Polan anak si Polan dahulu kau tertawakini dalam perutku kau menangis dahulu kau bergembira kini dalam perutku kau berduka dahulu kau bertutur kata kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa."Ketika semua manusia meninggalkannya sendirian...Allah berkata kepadanya,
"Wahai hamba-Ku..... kini kau tinggal seorang diri tiada teman dan tiada kerabat ianya sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.. mereka pergi meninggalkanmu seorang diri padahal, karena mereka kau pernah langgar perintahku hari ini,.... akan kutunjukan kepadamu kasih sayang-Ku yang akan takjub seisi alam aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya.Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman,
"Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam jannah-Ku

Jumaat, 27 Mac 2009

Tugas mujahid muslim

1.Bacalah Al-Quran setiap hari. Usahakan tamat (khatam) dalam satu bulan.

2. Telitilah tilawah (bacaan) dan terjemahannya dengan saksama di waktu terluang. Pelajarilah kehidupan harian Nabi Muhamad SAW dan para sahabatnya. Hafalkan minima 40 hadis, dan fahamilah pengetahuan tentang prinsip – prinsip aqidah serta hukum Islam.

3.Jaga kesihatan badan, selalu menjalani pemeriksaan dan ubati segera penyakit yang timbul. Berlatihlah bela diri dan jauhi semua penyebab kelemahan badan.

4. Kurangkan minum kopi, teh dan minuman perangsang lainnya serta jangan sekali – kali merokok.

5. Jaga kerapian dan kebersihan diri, pakaian, makanan, rumah dan tempat bekerja (belajar).

6.Jujurlah selalu dan jangan sekali – kali berdusta.

7.Tepatilah setiap janji dan jangan melanggarnya.

8.Jadilah pemberani dan tabah. Katakan kebenaran walaupun kamu sendiri membencinya. Jagalah rahsia, akui kesalahan secara kesatria dan kendalikan diri sewaktu marah.

9. Selalu serius dan penuh keyakinan, namun tetaplah tersenyum dan berkelakar yang wajar.

10.Hidupkan sifat malu, lembut perasaan dan sensetif kepada keburukan dan hiduplah dengan sederhana sesuai dengan kemampuan. Bersikaplah tawadduk tetapi tanpa menghina diri.

11.Berlaku adillah dalam memutuskan segala sesuatu, tidak terbakar oleh kemarahan dan tidak terbujuk oleh rayuan dan kenikmatan. Janganlah berdendam menghalangi terima kasih. Katakan yang benar walaupun pahit, biarpun mengenai diri sendiri atau orang – orang yang akrab denganmu.

12.Libatkan dirimu secara aktif dan penuh ghairah dalam kegiatan sosial. Kamu harus merasa bahagia setiap kali dapat berbuat sesuatu untuk orang lain. Kunjungilah yang sakit, tolonglah yang lemah, ringankanlah penderitaan orang walaupun hanya sedikit senyum dan kata – kata yang menghibur.

13.Jadilah pemaaf, kasihanilah sesama manusia dan sayangilah binatang. Berlaku baik kepada setiap orang, sayang kepada yang muda dan hormatlah kepada yang tua. Luangkanlah tempat bagi saudaramu di tempat – tempat pertemuan, jangan bergaduh, mintalah izin ketika masuk rumah dan ketika mahu keluar rumah.

14.Giatlah membaca dan menulis. Milikilah perpustakaan peribadi walaupun kecil. Perbanyaklah menelaah tulisan saudaramu. Selamilah dalam – dalam ilmu. Di samping itu, tambahlah pengetahuanmu dengan ilmu Islam, sehingga dapat memecahkan persoalan yang timbul sehari – harian.

15. Berusahalah Untuk bekerja walaupun engkau seorang yang kaya. Dan dahulukanlah pekerjaan yang bebas walaupun penghasilannya kecil. Dan hendaklah engkau menyukai pekerjaan itu walaupun engkau mempunyai bakat Ilmiah yang lain. Ingatlah nabimu berdagang di celah kesibukannya

16.Janganlah terlalu tamak kedudukan (pekerjaan). Dan yakinlah bahawa itu pintu rezeki yang paling sempit. Tetapi jangan engkau tolak jika ada kesempatan Untuk itu. Dan jangan engkau tinggalkan masalah itu kecuali bertentangan dengan maslahat yang didakwa.

17.Kerjakan tugas - tugasmu sesempurna mungkin, jauhi kecurangan dan mencuri (rasuah) besar atau kecil. Taati jadual dan jangan terlambat masuk pejabat (kuliah).

18.Tuntutlah hak – hakmu dengan gigih dan sopan, di lain pihak tunaikan hak – hak orang lain tanpa mengurangi atau memotongnya.

19.Hindari segala macam bentuk perjudian, betapa pun menarik hadiahnya dan jauhilah cara – cara menarik keuntungan yang menyimpang (haram) walaupun cepat hasilnya (labanya).

20.Hindarilah praktik – praktik riba di dalam transaksi – transaksi mu. Sucikanlah langkahmu dari sentuhan riba.

21. Bantulah badan – badan dan lembaga – lembaga Islam, usahakanlah agar wangmu jatuh kepada saudara – saudaramu, berbelanjalah kepada orang – orang Islam. Dahulukan mereka dalam setiap bisnes dan urusan daripada orang lain. Utamakanlah memakai barang hasil bumi dari negeri – negeri Islam.

22. Bayarlah zakat, betapapun sedikit penghasilanmu, dengan penuh kesedaran bahawa hak fakir – miskin yang terselit di hartamu. Kerana sesungguhnya ramai saudaramu yang takut atau malu Untuk meminta sementara mereka sangat memerlukan.

23.Sisihkanlah sebahagian dari hartamu ( penghasilanmu) buat pengeluaran yang tak terduga betapapun kecilnya penghasilanmu, jangan bermewah – mewahan atau berlebih – lebihan.

24.Usahakanlah menghidupkan kembali tradisi – tradisi Islam yang saat ini ditinggalkan seperti : kata – kata ucapan selamat, salam, bahasa, kalendar Islam, pakaian, perabot rumah, penetapan waktu kerja dan istirehat, makan dan minum, saat berangkat tiba, ucapan – ucapan waktu gembira dan sedih. Kembalilah semuanya kepada contoh Nabi SAW.

25.Putuskanlah hubunganmu dengan pengadilan – pengadilan yang tidak Islamik. Tinggalkanlah organisasi dan lembaga – lembaga, sekolah – sekolah, surat khabar – surat khabar yang memusuhi ideologi Islam.

26.Berusahalah dengan sekuat tenaga dan merasa diawasi Allah. ingatlah akhirat dan persiapkan dirimu Untuk mnghadapinya. Berjalanlah menuju redha Allah dengan penuh semangat. Dekatkan dirimu kepada Allah dengan ibadah sunnah seperti qiamullail. Perbanyakkan zikir dengan hati dan lisan. Berdoalah dengan doa mayhsur dari Nabi SAW.

27.Sempurnakanlah kemurnianmu dan kebersihan peribadimu, usahakanlah selalu dalam keadaan suci ( berwuduk) sentiasa.

28.Sempurnakanlah solatmu dan usahakanlah tepat pada waktunya. Berusahalah sekuat tenaga solat berjemaah sekerap mungkin di masjid.

29.Sempurnakanlah puasa di bulan ramadhan dan pergilah menunaikan ibadah haji di kaabah Baitullah bila mampu. Bila tak mampu jadikanlah ibadat haji sebagai cita –cita hidupmu dan bekerja keraslah untuk mencapainya.

30. Pupuklah selalu semangat Jihad dan niat Untuk mati syahid dijalan Allah serta bersiap – siaplah untuk itu.

31.Sering – seringlah beristighfar dan bertaubat minta keampunan Allah SWT atas dosa – dosamu. Usahakanlah untuk menghindari dosa – dosa kecil apalagi dosa – dosa besar. Sediakanlah waktu sesaat setap malam sebelum tidur untuk musahabah diri atas perbuatan baik dan burukmu sehari tadi. Peliharalah waktumu, kerana ia adalah kehidupanmu.

32.Berjuanglah menundukkan hawa nafsu, kendalikan emosi, salurkan dorongan (nafsu) seksual pada jalan halal ( nikah).

33. Sama sekali jauhilah segala jenis minuman keras dan benda – benda yang memabukkan dan mengkhayalkan lainnya.

34.Hindarilah teman – teman yang buruk dan lingkungan pergaulan yang jahat. Jauhilah tempat – tempat dosa dan maksiat.

35.Jangan kunjungi tempat – tempat hiburan dan permainan yang melalaikan. Jauhilah segala bentuk kemewahan untuk mencegahmu menjadi lemah dan malas.

36.Penuhilah kewajipan – kewajipan terhadap saudaramu yakni kasih sayang, menolong, menguamakan mereka, bersilaturrahmi secara teratur dan pasti kecuali atas sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan.

37.Lepaskan segala hubungan dengan organisasi yang tidak bermanfaat bagi tujuan – tujuan sucimu.

38.Serukanlah ajaran – ajaran Islam dimana saja kamu berada.

Khamis, 26 Mac 2009

AKHLAK

Kebanyakan manusia tidak mengetahui akhlak buruk dirinya.Hanya manusia yang mata hatinya tembus sahaja yang dapat melihat keburukan akhlaknya yang membolehkan dia mengubatinya. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui akhlak sendiri?

1.Berguru, di mana guru tersebut sentiasa memerhatikan perbuatan anak muridnya dan memberitahu kekurangan yang dapat dilihatnya. Cara ini sukar sekali diperolehi pada masa sekarang.

2.Bersahabat dengan orang yang jujur, beragama dan melihat dengan mata hati. Temannya itu dijadikan sebagai pengintip akhlaknya dan disuruhnya memberitahu akan keburukan dirinya.

3.Daripada kata-kata musuh. Musuh yang marahnya meluap-luap akan senang menyebutkan kekurangan diri seseorang. Hanya orang yang bijak akan mengambil manfaat daripadanya.

4.Bergaul dengan orang ramai. Akhlak tercela yang ada pada orang ramai itu dicari pada dirinya sendiri. Sekiranya ada dia berusaha membersihkannya. Sesungguhnya orang mukmin itu cermin orang mukmin.Mengenal tanda-tanda kebagusan akhlak. Orang yang bagus akhlak itu :-
1. Banyak malu.
2. Sedikit menyakiti orang.
3. Sedikit perselisihan.
4. Banyak berbuat baik.
5. Lidahnya banyak berkata benar.
6. Sedikit bicara.
7. Banyak kerja.
8. Sedikit terperosok.
9. Sedikit berbuat hal-hal yang tidak perlu.
10. Penyambung silaturrahim.
11. Lemah lembut terhadap orang bawahan dan atasan.
12. Penyabar.
13. Banyak berterima kasih / bersyukur.
14. Rela apa yang ada.
15. Dapat mengendalikan diri ketika marah.
16. Kasih sayang.
17. Manis muka untuk orang kecil dan orang besar.
18. Dapat menjaga diri.
19. Meninggalkan mencari kesalahan orang.
20. Kembali mencaci diri sendiri.
21. Meminta maaf.
22. Murah hati kepada fakir miskin.
23. Tidak mengutuk orang.
24. Tidak suka memaki.
25. Tidak mengadu domba.
26. Tidak mencaci orang.
27. Tidak tergesa-gesa dalam pekerjaan.
28. Tidak pendengki.
29. Tidak kikir.
30. Tidak penghasut.
31. Manis muka.
32. Bagus percakapan.
33. Cinta pada jalan Allah.
34. Benci / sayang kerana Allah.
35. Rela kerana Allah.
36. Marah kerana Allah.

Jalan melatih anak-anak untuk membaguskan akhlak :-Anak yang masih kecil mempunyai hati yang suci, halus dan kosong dari semua ukiran. Dari itu ianya senang menerima sebarang ukiran samada yang cantik atau yang buruk. Sekiranya anak kecil itu diajar tentang kebaikan dan dibiasakan dengan kebaikan, dia akan membesar di atas jalan kebaikan. Sekiranya dia dibiasakan dengan kejahatan dan disia-siakan, anak itu akan menjadi rosak dan binasa. Dan dosa itu akan ditanggung oleh kedua ibubapanya.Surah At Tahrim : 6 yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri mu dan kaum keluarga mu dari api neraka!"Bagaimanakah bentuk pemeliharaan ini; iaitu :-1.Mendidik, mencerdaskan dan mengajarnya dengan budi pekerti yang baik.
2.Menjaganya dari berkawan dengan teman-teman yang jahat.
3.Tidak membiasakannya dengan kesenangan, kemewahan dan perhiasan.
4.Disibukkannya di surau untuk mempelajari Al Quran, hadith-hadith dan cerita-cerita para solihin agar tertanam dijiwanya cinta kepada orang- orang soleh.
5.Dijaganya daripada bergaul dengan rakan-rakan yang hidup mewah dan memakai pakaian yang membanggakan.
6.Tidak membanyakkan perkataan celaan kepadanya kerana itu akan membiasakannya dengan cacian dan perbuatan keji.
7.Membiasakan anak-anak itu beriadah di sebahagian waktu di siang hari agar dia tidak menjadi malas. Tidak melarangnya bermain dan selalu memaksanya belajar.Ini akan mematikan hatinya dan merosakkan kecerdikannya.
8.Melarangnya menyombongkan diri dengan teman-temannya disebabkan sesuatu yang dimiliki oleh ibubapanya.
9.Membiasakannya merendah diri dan memuliakan setiap orang yang bergaul dengannya.
10.Melarangnya dari banyak berbicara dari perkataan yang sia-sia atau keji serta menjaganya daripada bergaul dengan orang yang lidahnya selalu berbuat demikian.
11.Apabila anak itu dipukul oleh guru, dinasihatkan anak itu supaya bersabar dan bukannya memekik-mekik atau berteriak kerana itu adalah kebiasaan orang-orang berani.
12.Apabila anak itu sudah sampai usia tamyiz ie. dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk, disuruhnya solat, puasa, melarangnya daripada mencuri, memakan yang haram, berkhianat, berdusta, berbuat perkara keji.
13.Diajarkannya adab-adab duduk dan makan. Duduknya tidak membelakangi orang lain, tidak meletakkan sebelah kaki di atas sebelah yang lain. Tidak menongkat dagu kerana ini menunjukkan kemalasan. Apabila menghadap makanan, dididiknya agar dia tidak rakus kepada makanan dengan cara mendahulukan orang lain, mengunyah dengan baik, tidak cepat-cepat, tidak mengotorkan pakaian dengan makanan, tidak banyak makan, tidak memilih-milih makanan dan redha memakan apa yang dihidangkan.
14.Di waktu anak itu mendekati dewasa, disuruhnya mencari bekal dari dunia untuk akhirat.

Disuruhnya taat kepada Allah Azza wa Jalla.Semuanya ini dimulakan sejak dari awal kelahiran. Yang menjadi pendidik dan penyusunya seharusnya daripada wanita solehah, yang beragama dan makan hanya yang halal. Kerana susu yang terhasil dari yang haram tidak ada barakah padanya dan pertumbuhan anak itu akan cenderung di atas jalan keburukan.Wallahu'alam.

(dipetik daripada Ihya Ulumiddin, jilid 4)The end.

UnTuK WaNiTa

Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau
suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila
dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apapun.Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia (suami – isteri) iaitu (1) Kehendak seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri,
malah menjadikan diri lebih terhormat.

Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.


Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai
anda.

Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira
mengahwini suami anda.

Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang
memulakannya.

Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.


Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.