Jumaat, 3 April 2009

Mujahidah sejati
Intan permatamu tiang rumah tangga
Seindah pelangi di cakrawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketakwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan takwa

Mujahidah sejati
Berbekal Al-quran dan As-sunnah
Bersulam pengorbanan bisa mengegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menghiasi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarabbin bermujahadah
Menuju cinta dalam kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah disisi tuhan

Berhatilah – hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa – dosa
.

Rabu, 1 April 2009

BIDADARI SYURGA

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -
bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia
menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu
diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.... lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan
tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu
diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan
agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat
Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda
tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah
pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah
menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi
yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...
benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

ISYARAT KEMATIAN

Pernahkah anda mendengar seseorang itu sebelum meninggal dunia berkelakuan ganjil seolah-olah dia tahu bahawa dirinya akan dipanggil oleh Allah s.w.t ke alam barzakh. Gelagat aneh dan ganjil perilaku seseorang itu lebih ketara semasa dirinya terlalu hampir kepada kematian. Sebagai contoh ada di kalangan hamba Allah ini sebelum menemui ajal akan mengumpulkan saudara maranya, mengumpul semula gambarnya semasa muda untuk tatapan keluarganya, menulis atau bercakap sesuatu yang menggambarkan kedatangan ajalnya dan lain-lain lagi perlakuan aneh. Dalam masyarakat melayu, terdapat peribahasa orang tua-tua mengenai tanda kematian ini seperti "Buang Tebiat" Hakikatnya, setiap orang akan mendapat tanda atau kelainan pada dirinya di hari-hari terakhir hayatnya. Bagi orang beriman, ini adalah kelebihan yang Allah Taala berikan pada mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka akan meninggal dunia dalam masa terdekat cuma tidak mengetahu tarikhnya secara tepat. Hakikatnya Allah s.w.t memaklumkan lebih awal bila seseorang itu meninggal dunia menerusi gerak hati yang dipanggil Latifah rabbaniah. Didalam kitab Tasauf iaitu Sir Al-Salikin dalam bab Zikrul Maut (Mengingati mati) menunjukkan bahawa seseorang itu diberi isyarat ketika mautnya hampir sampai kepada orang tersebut. Ada juga dikalangan individu yang menerima isyarat tersebut tetapi buat-buat tak faham dan masih bergelumang dengan maksiat dan dosa. Setengahnya akan menjadi insaf dan mengambil peluang untuk beribadat dengan sisa kehidupan yang ada. Isyarat akan menjadi lebih jelas ketika seseorang itu menghadapi sakratulmaut atau nazak. Orang yang beriman dan beramal soleh akan menghadapi kematiannya dengan tenang berbeza dengan orang yang kufur dan melakukan maksiat. Penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai kematian, cerita ini penulis dapat daripada abang ipar penulis yang juga seorang doktor. Ada hamba Allah ini yang nazak setelah berbulan-bulan. Ketika menghadapi sakratulmaut se belum dicabut nyawanya, nafas hamba Allah ini seperti kerbau dan ketika nyawa ditarik, hamba Allah ini jatuh seakan-akan terpelanting daripada katil hospital. Begitulah sakitnya ketika menghadapi kematian. Hingga jatuh daripada katil barulah nyawanya selesai dicabut. Penulis bercerita mengenai kematian hamba Allah ini bukanlah untuk mengaibkannya tetapi sekadar peringatan untuk kita semua. Oleh yang demikian, wajarlah seseorang muslim itu mengingati mati pada setiap masa. Ia juga selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. serta dapat menghindarkan seseorang untuk melakukan kejahatan. Semoga mereka yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat dan mereka yang masih hidup mentaati suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Marilah kita sembahyang sebelum kita disembahyangkan.

Selasa, 31 Mac 2009

PeRJaLaNaN ROH

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akanmendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku,wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku". "Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tandamemperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itumenjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang Dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiranitu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dankemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali Datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga Sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang tu."Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepadaorang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnyaapabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. "Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.AbuBakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia Keluar dari jasad. Maka berkata AbuBakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:-1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipundia sudah mati Sekian,wassalam.

Isnin, 30 Mac 2009

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Isteri merupakan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas suami untukmemeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari kejadian yang lemah atas sifat perempuannya maka sudah semestinyalah suami menjaga isterinya dengansebaik-baik jagaan. Seorang suami mestilah tahu hak-hak yang dimiliki oleh seorang isteri danmelaksanakannya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah saw:"Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu). Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah.""...dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu (suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang bertanggungjawab.""Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembila atas perempuan (isteri) berdasarkan apa-apa yang telah dilebihkan Allah bagi yang satu daripada yang lain. Dan berdasarkan apa-apa yang mereka nafkahkan dengan harta mereka."Pemberian nafkah adalah wajib semenjak mula berlakunya akad nikah, meskipun isterinya itu seorang yang kaya raya. hak isteri itu tidak berubah dan kewajipan itu tetap ke atas suami.Takrif nafkah, ia adalah suatu bahagian daripada hartanya yang dibelenjakan kepada orang-orang yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Manakala yang dikatakan harta itu pula mestilah dari sumber yang halal, ia bukan hak anak yatim atau bukan hak orang lain yang disimpan kepada kita serta ia bukan dari usaha curi, rasuah, riba dan sebagainya.Jadi, harta yang dijadikan nafkah untuk perbelanjaan isteri-isteri dan anak-anak, ia mestilah harta yang diperolehi dari jalan yang halal. Harta yang haram, ia tidak boleh dijadikan nafkah. Sabda Rasululla saw: "Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram, nerakalah yang senang kepadanya kelak."Adapun nafkah, ia terbahagi kepada 3 bahagian atau nafkah kepada 3 bahagian. Iaitu yang pertama ialah kepada isteri, yang kedua kepada anak dan yang ketiga kepada usul. Nafkah kepada isteri, mestilah isteri yang sah atau isteri dalam `Iddah raj'i atau `Iddah yang boleh dirujuk kembali, ertinya ialah `Iddah dari talak satu atau dari talak dua. Tetapi `Iddah talaktiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak yang tidak boleh dirujuk kembali.Nafkah yang diberi kepada anak, mestilah bagi anak yang sah. Anak yang di luar nikah atau anak zina, tidak wajib diberi nafkah. Takrif wajib nafkah kepada anak juga ialah anak yang bukan akil baligh. Tetapi bagi anak yang sudah akil baligh, tidak wajib lagi bagi ayah untuk memberi nafkah kecuali anak itu tidak boleh mencari nafkahnya sendiri. Katalah seorang anak itu akil baligh ketika umurnya 15 tahun sedangkan masa itu dia masih belajar di sekolah. Ertinya, anak itu belum berupaya lagi mencari rezeki. Makna, ayahnya wajib memberi nafkah kepada anaknya.Nafkah usul, ialah nafkah keturunan. Umpamanya, anak memberi nafkah kepada ayahnya. Syaratnya mestilah ibu bapa itu tadi adalah terlalu susah hingga tidak mampu menyara hidupnya. Seorang ayah yang sudah tidak mampu mencari nafkahnya sendiri, adalah berkewajipan bagianak-anaknya memberi ibu bapa nafkah. Ertinya, seorang anak yang memberi belanja hidup kepada orang tuanya, bukan dibuat suka-suka hati. Ia adalah satu tangggungjawab yang wajib.Seorang suami perlulah mengetahui syarat-syarat yang wajib dan berhak diberi nafkah kepada isteri, bukan ikut bagi sesuka hati sahaja. Syarat pertama ialah isteri yang taat kepada suami. Taat dalam ertikata menyerah diri bulat-bulat kepada suami samada jiwa raganya, tenaga dan akal fikirannya. Begitu juga, menyerah diri kepada suami bererti menyerah zahir dan batinnya pada suami. Isteri yang demikian saja yang wajib diberi nafkah. Isteri yang tidak taat 100% kepada suami atau sentiasa berbalah dengan suami, tidak wajib diberi nafkah.Syarat yang kedua ialah isteri yang tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Seorang isteri itu memang dilarang oleh syariat, keluar rumah tanpa izin dari suami. Namun itu pun, hari ini begitu ramai sekali para isteri yang tidak sedar perintah ini. Mereka bebas keluar rumah sesuaka hati padahal yang dia lakukan itu adalah satu dosa. Cuma para isteri hari ini merasakan apa yang dia lakukan itu tidak apa-apa. Malah, ada setengahnya sampai berani membentak suami,kalau dia ditanya tentang pemergiannya itu.Isteri yang keluar tanpa keizinan suami, bererti dia tidak taat dan melanggar syariat. Ketaatan pada suami bererti taat di dalam agama. Apa saja yang dilarang dan diharamkan oleh Allah dan Rasul dalam rumahtangga dan di dalam perhubungan suami isteri, isteri hendaklah taat.Gugur nafkah bagi isteri-isteri yang tidak taat. Cuma gugur nafkah seorang isteri yang tidak taat itu, sabitnya adalah dengan syarat-syarat yang tertentu. Ertinya, ada beberapa syarat yang mensabitkan gugurnya nafkah isteri apabila dia berlaku tidak taat.Adapun suami-suami yang wajib memberi nafkah kepada isteri terdiri dari tiga golongan. Pertama, suami yang kaya, kedua ialah suami yang pertengahan dan yang ketiga ialah suami yang miskin atau papa. Ketiga-tiga golongan ini ada peringkat nafkah masing-masing terhadap isteri. Seorang suami yang kaya lain ukuran nafkahnya dan suami yang sederhana kekayaannya, lain ukuran nafkahnya, seorang suami yang miskin papa, lain pula ukuran nafkahnya.Kewajipan nafkah bagi suami yang kaya menurut yang diterangkan dalam pengertian syariat ialah, memiliki harta yang boleh dibelanjakan sehingga umur yang ghalib atau lazimnya dia boleh hidup dan kalau sekiranya dia mati, masih ada baki harta itu. Itulah yang dikatakan kaya.Umur yang ghalib seorang itu boleh hidup, ia adalah ukuran biasa yang umum berlaku dikalangan satu-satu masyarakat itu. Biasanya bagi orang-orang melayu, disekitar 55 membawa kepada 65 tahun. Itulah sekitar umur yang ghalib seseorang itu boleh hidup. Walau bagaimanapun, itu adalah ukuran mengikut akal kita. Tetapi di sisi syariat, tidak ada siapa yang boleh mengetahui kecuali Allah swt.

Ahad, 29 Mac 2009

6 SoaLan

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu
> > > Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri
> > > kita di dunia ini?".
> > >
> > > Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan
> > > kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi
> > > yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji
> > > Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
> > >
> > > Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling
> > > jauh dari diri kita di dunia ini?".
> > >
> > > Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan
> > > bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban
> > > yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa
> > > lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa
> > > kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
> > > hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
> > > Agama.
> > >
> > > Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang
> > > paling besar di dunia ini?".
> > >
> > > Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua
> > > jawaban itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang
> > > ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-
> > > hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
> > >
> > > Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
> > >
> > > Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar,
> > > kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"
> > > (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua
> > > tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah
> > > (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
> > > permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
> > > karena ia tidak bisa memegang amanahnya.
> > >
> > > Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
> > >
> > > Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu
> > > benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
> > > meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-
> > > gara meeting kita tinggalkan sholat.
> > >
> > > Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia
> > > ini?".
> > >
> > > Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam
> > > Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena
> > > melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai
> > > perasaan saudaranya sendiri.