Jumaat, 27 Mac 2009

Tugas mujahid muslim

1.Bacalah Al-Quran setiap hari. Usahakan tamat (khatam) dalam satu bulan.

2. Telitilah tilawah (bacaan) dan terjemahannya dengan saksama di waktu terluang. Pelajarilah kehidupan harian Nabi Muhamad SAW dan para sahabatnya. Hafalkan minima 40 hadis, dan fahamilah pengetahuan tentang prinsip – prinsip aqidah serta hukum Islam.

3.Jaga kesihatan badan, selalu menjalani pemeriksaan dan ubati segera penyakit yang timbul. Berlatihlah bela diri dan jauhi semua penyebab kelemahan badan.

4. Kurangkan minum kopi, teh dan minuman perangsang lainnya serta jangan sekali – kali merokok.

5. Jaga kerapian dan kebersihan diri, pakaian, makanan, rumah dan tempat bekerja (belajar).

6.Jujurlah selalu dan jangan sekali – kali berdusta.

7.Tepatilah setiap janji dan jangan melanggarnya.

8.Jadilah pemberani dan tabah. Katakan kebenaran walaupun kamu sendiri membencinya. Jagalah rahsia, akui kesalahan secara kesatria dan kendalikan diri sewaktu marah.

9. Selalu serius dan penuh keyakinan, namun tetaplah tersenyum dan berkelakar yang wajar.

10.Hidupkan sifat malu, lembut perasaan dan sensetif kepada keburukan dan hiduplah dengan sederhana sesuai dengan kemampuan. Bersikaplah tawadduk tetapi tanpa menghina diri.

11.Berlaku adillah dalam memutuskan segala sesuatu, tidak terbakar oleh kemarahan dan tidak terbujuk oleh rayuan dan kenikmatan. Janganlah berdendam menghalangi terima kasih. Katakan yang benar walaupun pahit, biarpun mengenai diri sendiri atau orang – orang yang akrab denganmu.

12.Libatkan dirimu secara aktif dan penuh ghairah dalam kegiatan sosial. Kamu harus merasa bahagia setiap kali dapat berbuat sesuatu untuk orang lain. Kunjungilah yang sakit, tolonglah yang lemah, ringankanlah penderitaan orang walaupun hanya sedikit senyum dan kata – kata yang menghibur.

13.Jadilah pemaaf, kasihanilah sesama manusia dan sayangilah binatang. Berlaku baik kepada setiap orang, sayang kepada yang muda dan hormatlah kepada yang tua. Luangkanlah tempat bagi saudaramu di tempat – tempat pertemuan, jangan bergaduh, mintalah izin ketika masuk rumah dan ketika mahu keluar rumah.

14.Giatlah membaca dan menulis. Milikilah perpustakaan peribadi walaupun kecil. Perbanyaklah menelaah tulisan saudaramu. Selamilah dalam – dalam ilmu. Di samping itu, tambahlah pengetahuanmu dengan ilmu Islam, sehingga dapat memecahkan persoalan yang timbul sehari – harian.

15. Berusahalah Untuk bekerja walaupun engkau seorang yang kaya. Dan dahulukanlah pekerjaan yang bebas walaupun penghasilannya kecil. Dan hendaklah engkau menyukai pekerjaan itu walaupun engkau mempunyai bakat Ilmiah yang lain. Ingatlah nabimu berdagang di celah kesibukannya

16.Janganlah terlalu tamak kedudukan (pekerjaan). Dan yakinlah bahawa itu pintu rezeki yang paling sempit. Tetapi jangan engkau tolak jika ada kesempatan Untuk itu. Dan jangan engkau tinggalkan masalah itu kecuali bertentangan dengan maslahat yang didakwa.

17.Kerjakan tugas - tugasmu sesempurna mungkin, jauhi kecurangan dan mencuri (rasuah) besar atau kecil. Taati jadual dan jangan terlambat masuk pejabat (kuliah).

18.Tuntutlah hak – hakmu dengan gigih dan sopan, di lain pihak tunaikan hak – hak orang lain tanpa mengurangi atau memotongnya.

19.Hindari segala macam bentuk perjudian, betapa pun menarik hadiahnya dan jauhilah cara – cara menarik keuntungan yang menyimpang (haram) walaupun cepat hasilnya (labanya).

20.Hindarilah praktik – praktik riba di dalam transaksi – transaksi mu. Sucikanlah langkahmu dari sentuhan riba.

21. Bantulah badan – badan dan lembaga – lembaga Islam, usahakanlah agar wangmu jatuh kepada saudara – saudaramu, berbelanjalah kepada orang – orang Islam. Dahulukan mereka dalam setiap bisnes dan urusan daripada orang lain. Utamakanlah memakai barang hasil bumi dari negeri – negeri Islam.

22. Bayarlah zakat, betapapun sedikit penghasilanmu, dengan penuh kesedaran bahawa hak fakir – miskin yang terselit di hartamu. Kerana sesungguhnya ramai saudaramu yang takut atau malu Untuk meminta sementara mereka sangat memerlukan.

23.Sisihkanlah sebahagian dari hartamu ( penghasilanmu) buat pengeluaran yang tak terduga betapapun kecilnya penghasilanmu, jangan bermewah – mewahan atau berlebih – lebihan.

24.Usahakanlah menghidupkan kembali tradisi – tradisi Islam yang saat ini ditinggalkan seperti : kata – kata ucapan selamat, salam, bahasa, kalendar Islam, pakaian, perabot rumah, penetapan waktu kerja dan istirehat, makan dan minum, saat berangkat tiba, ucapan – ucapan waktu gembira dan sedih. Kembalilah semuanya kepada contoh Nabi SAW.

25.Putuskanlah hubunganmu dengan pengadilan – pengadilan yang tidak Islamik. Tinggalkanlah organisasi dan lembaga – lembaga, sekolah – sekolah, surat khabar – surat khabar yang memusuhi ideologi Islam.

26.Berusahalah dengan sekuat tenaga dan merasa diawasi Allah. ingatlah akhirat dan persiapkan dirimu Untuk mnghadapinya. Berjalanlah menuju redha Allah dengan penuh semangat. Dekatkan dirimu kepada Allah dengan ibadah sunnah seperti qiamullail. Perbanyakkan zikir dengan hati dan lisan. Berdoalah dengan doa mayhsur dari Nabi SAW.

27.Sempurnakanlah kemurnianmu dan kebersihan peribadimu, usahakanlah selalu dalam keadaan suci ( berwuduk) sentiasa.

28.Sempurnakanlah solatmu dan usahakanlah tepat pada waktunya. Berusahalah sekuat tenaga solat berjemaah sekerap mungkin di masjid.

29.Sempurnakanlah puasa di bulan ramadhan dan pergilah menunaikan ibadah haji di kaabah Baitullah bila mampu. Bila tak mampu jadikanlah ibadat haji sebagai cita –cita hidupmu dan bekerja keraslah untuk mencapainya.

30. Pupuklah selalu semangat Jihad dan niat Untuk mati syahid dijalan Allah serta bersiap – siaplah untuk itu.

31.Sering – seringlah beristighfar dan bertaubat minta keampunan Allah SWT atas dosa – dosamu. Usahakanlah untuk menghindari dosa – dosa kecil apalagi dosa – dosa besar. Sediakanlah waktu sesaat setap malam sebelum tidur untuk musahabah diri atas perbuatan baik dan burukmu sehari tadi. Peliharalah waktumu, kerana ia adalah kehidupanmu.

32.Berjuanglah menundukkan hawa nafsu, kendalikan emosi, salurkan dorongan (nafsu) seksual pada jalan halal ( nikah).

33. Sama sekali jauhilah segala jenis minuman keras dan benda – benda yang memabukkan dan mengkhayalkan lainnya.

34.Hindarilah teman – teman yang buruk dan lingkungan pergaulan yang jahat. Jauhilah tempat – tempat dosa dan maksiat.

35.Jangan kunjungi tempat – tempat hiburan dan permainan yang melalaikan. Jauhilah segala bentuk kemewahan untuk mencegahmu menjadi lemah dan malas.

36.Penuhilah kewajipan – kewajipan terhadap saudaramu yakni kasih sayang, menolong, menguamakan mereka, bersilaturrahmi secara teratur dan pasti kecuali atas sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan.

37.Lepaskan segala hubungan dengan organisasi yang tidak bermanfaat bagi tujuan – tujuan sucimu.

38.Serukanlah ajaran – ajaran Islam dimana saja kamu berada.

Tiada ulasan: