Jumaat, 3 April 2009

Mujahidah sejati
Intan permatamu tiang rumah tangga
Seindah pelangi di cakrawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketakwaan

Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan takwa

Mujahidah sejati
Berbekal Al-quran dan As-sunnah
Bersulam pengorbanan bisa mengegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menghiasi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah,
Menjadi muqarabbin bermujahadah
Menuju cinta dalam kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah disisi tuhan

Berhatilah – hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa – dosa
.

Tiada ulasan: